SUNGAI SIPUT: Polis berjaya menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang disyaki terbabit dalam insiden langgar lari yang mengorbankan dua beradik di Kilometer 38 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak Jaya di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun sekitar jam 1.20 petang.
"Suspek yang bekerja sebagai kontraktor itu telah ditahan dan ujian awal saringan air kencing mendapati keputusannya adalah negatif.
"Kita juga telah mengambil sampel darah suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut. Kenderaan suspek turut dirampas," katanya.
Menurut beliau, permohonan reman akan dibuat pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Dalam kejadian jam 7.12 pagi itu, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.
Mohd Khaizam berkata, dalam kejadian itu, suspek memandu arah Kuala Kangsar ke Ipoh didapati memasuki simpang ke kanan secara tiba-tiba.
"Kenderaan terbabit telah merempuh motosikal yang dinaiki dua pelajar terbabit menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan 'polytrauma with suspected neck injury/ cervical fracture'," katanya.
Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 05 2024
Dalam kejadian jam 7.12 pagi itu, Ahmad Zuhal dan adiknya Ahmad Marikh dilanggar sebuah 4WD ketika menaiki motosikal ke SMK Simpang Beluru. -Gambar fail/Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Pemandu pacuan empat roda langgar Zuhal, Marikh ditahan
Lelaki berusia 50-an itu ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak di sebuah kebun sekitar jam 1.20 petang.